Menarik

Warga emas terima kerusi roda dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberi sumbangan kerusi roda kepada Puan Paravathi Nadesen.

Musliadi berkata, Puan Paravathi tidak dapat bergerak dengan sempurna kerana terjatuh.

“Oleh itu, sumbangan kerusi roda ini diberikan bagi memudahkan urusan beliau untuk bergerak.

“Sumbangan lampin pakai buang turut diberikan kepada beliau.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan dan memudahkan urusan beliau dan keluarga,” kata Musliadi.

Sumbangan tersebut diwakilkan kepada MPKK Kampung Batu 12 Kepis, Encik Loh Chee Wai.

Show More

Related Articles

Back to top button