Berita

Kerajaan Negeri Sembilan perkasa bidang pendidikan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap usaha pemerkasaan bidang pendidikan.

“Sungguhpun bidang pendidikan ini menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri Sembilan tetap bersikap matang dan profesional dalam memperkasakan bidang pendidikan di kalangan anak-anak negeri tanpa mengira apa jua perbezaan politik.

“Sejak 2019 pelbagai inistiatif dalam bidang pendidikan telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Antaranya adalah Tabung Penyelenggaraan Sekolah bertujuan membantu kerja-kerja pembaikan kecil dan segera yang diperlukan.

“Negeri Sembilan telah menjadi negeri yang pertama melancarkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah bertujuan memastikan anak-anak dapat menikmati kemudahan pembelajaran yang kondusif serta menjamin keselamatan mereka ketika berada di sekolah,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Hari Guru Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Turut hadir, Exco Pendidikan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abd Malek.

Bantuan Anak Sekolah

Aminuddin berkata, golongan berpendapatan rendah juga dibela supaya tidak ada anak-anak yang tercicir dari arus pendidikan hanya disebabkan kemiskinan.

“Inisiatif Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) dalam bentuk pemberian tunai sebanyak RM50 sebulan turut diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pelajar yang memerlukan.

“Program Fast Track Lepasan Tahfiz turut diperkenalkan untuk anak-anak tahfiz memperolehi SPM dalam tempoh yang singkat atau fast track, walaupun tidak mengikuti silibus akademik yang rutin di sekolah dengan peruntukan RM1.5 juta,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button