Menarik

Warga emas uzur disantuni Ismail

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menyantuni seorang warga emas uzur di Kampung Jalan Sepang.

Ismail berkata, sumbangan barangan keperluan asas telah diberikan.

“Saya juga turut menziarahi beberapa keluarga kurang berkemampuan di kampung tersebut dan menyerahkan bantuan makanan.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban penerima.

“Terima kasih kepada MPKK yang menyampaikan maklumat yang membolehkan saya menghulurkan bantuan,” kata Ismail.

Turut hadir, isteri kepada Ismail, YBhg Datin Selamah Sulaiman; Pengerusi MPKK Kampung Jalan Sepang, Encik Nurazan Adam dan Setiausaha MPKK Kampung Jalan Sepang, Encik Razali Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button