BeritaProgram

Inisiatif bantuan komputer riba bantu pelajar kurang berkemampuan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sedar bahawa komputer riba merupakan keperluan yang penting bagi golongan pelajar khususnya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pendidikan, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan dana sebanyak RM1.4 juta bagi sumbangan komputer riba kepada pelajar golongan B40.

“Komputer riba yang disumbangkan adalah mengikut keperluan kursus pengajian yang diambil.

“Sekiranya pelajar tersebut mengambil kursus yang memerlukan komputer berspesifikasi tinggi seperti rekaan grafik, kejuruteraan dan sebagainya, YNS akan memberikan komputer riba yang bersesuaian.

“Ini bagi memastikan setiap sumbangan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap penerima,” kata Aminuddin.

Pemohon boleh melayari laman sesawang YNS ataupun mengetik pautan seperti berikut bagi permohonan secara atas talian.

https://bit.ly/BantuanKomputerRibaYNS

Show More

Related Articles

Back to top button