Berita

Waris mangsa Covid-19 dapat bantuan RM1,000 dari Kerajaan Negeri

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada seorang waris mangsa Covid-19 di Bandar Sunggala.

Mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Rusli menyerahkan sumbangan cek RM1,000 kepada Muhammad Haidir Rodzi, 23, yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Empat adiknya Muhammad Hairie, 20; Nurhairieka, 18; Muhammad Haiqiel, 13 dan Muhammad Khierzamani, tujuh tahun.

“Anak-anak ini kehilangan ibubapanya akibat Covid-19. Bapanya Rodzi Tahar, 55, meninggal dunia pada 31 Mei 2021, manakala ibunya Nazira Idris, 45 meninggal dunia pada 6 Jun 2021.

“Semoga sumbangan dari Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga lima adik beradik ini,” kata Rusli.

Selepas serahan cek kepada keluarga ini, Rusli melawat projek baik pulih Balai Raya Kampung Sawah Sunggala.

“Projek baik pulih kini berada pada tahap 80 peratus siap dan boleh digunakan oleh MPKK tidak lama lagi.

“Saya berharap projek naik taraf balai raya ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada penduduk setempat,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button