Berita
YNS terima dividen RM1.5 juta daripada Gemencheh Granite
SEREMBAN: Yayasan Negeri Sembilan telah menerima sumbangan sebanyak RM1.5 juta daripada Gemencheh Granite Sdn. Bhd.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dividen yang diberikan adalah bagi tahun 2023.
“Semoga dividen yang diterima dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan.
“Dalam pada itu, saya turut menyampaikan sumbangan komputeri riba kepada 10 orang mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam.
“Saya berharap agar mereka yang menerima bantuan ini dapat menggunakannya sehabis baik dan membantu dalam proses pengajian mereka,” kata Aminuddin.