Berita

IMF iktiraf daya tahan ekonomi Malaysia

Kerajaan menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengiktiraf daya tahan ekonomi Malaysia, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta dasar ekonomi dan pengurusan kewangan yang berhemat.

Prestasi ini mencerminkan kekuatan asas ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar.

Walaupun berdepan kelembapan permintaan global, ketegangan perdagangan serta ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi negara diunjur kekal mampan walaupun berdepan cabaran global.

Kerajaan terus mengambil pendekatan yang pro-aktif bagi memastikan kestabilan ekonomi serta melindungi kesejahteraan rakyat.

Seiring itu, agenda pembaharuan Ekonomi MADANI diteruskan termasuk pengurusan kewangan yang berdisiplin, dasar kewangan mengikut keadaan semasa, memacu pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), serta pengukuhan permintaan domestik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Show More

Related Articles

Back to top button