Berita

Pesakit kencing manis terima sumbangan kerusi roda daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kerusi roda kepada Encik Anthony Gangan.

Gunasekaren berkata, Encik Anthony mengidap sakit kencing manis dan darah tinggi yang menyebabkan beliau mengalami kesukaran ketika berjalan.

“Saya juga turut memberikan sumbangan kewangan berbentuk cek kepada beliau.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban beliau dalam menjalankan aktiviti harian,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button