BeritaMenarik

Veerapan seru majikan menggajikan pekerja tempatan

TAMPIN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam menyeru majikan memberi peluang kepada orang tempatan untuk berkerja.

“Ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” kata Veerapan berhubung Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIM) di beberapa lokasi di Gemencheh.

Veerapan berkata, operasi yang disertai 18 pegawai JIM dan tiga pegawai Majlis Daerah Tampin telah menyerbu tiga premis dan seramai 13 pekerja asing dari negara Bangladesh, Pakistan dan India telah disiasat.

“Hasil siasatan mendapati empat orang tidak mempunyai dokumen yang sah serta berkerja di premis yang diperaku oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Tahanan ini berumur 25 tahun hingga 41 tahun, seorang berasal daripada Bangladesh dan tiga orang dari Pakistan.

“Pekerja asing yang ditahan telah diperiksa status Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa operasi sebegini perlu dijalankan secara berskala dalam memastikan majikan tidak menggajikan pekerja asing di premis-premis yang mendapat perakuan PBT,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button