Berita

SMK Kampung Baru Si Rusa terima sumbangan RM50,000 dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.

Nasir berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah membaik pulih prasarana atau menjalankan aktiviti pelajar.

“Saya juga turut memberikan sumbangan kepada 17 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Sumbangan yang diberikan ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat seterusnya,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button