YB Kita

Faez sumbang bakul makanan kepada 420 keluarga B40

LABU: Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu telah mengadakan Program Penyerahan Bakul Makanan Deepavali DUN Labu di Dewan Orang Ramai Taman Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai.

Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak berkata, sebanyak 420 bakul makanan telah diedarkan kepada penerima yang layak sempena sambutan perayaan Deepavali.

“Program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban penerima serta menceriakan persiapan perayaan mereka.

“Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan Deepavali tahun ini,” kata Ahmad Faez.

Show More

Related Articles

Back to top button