Menarik
15 penduduk Kampung Pasir Panjang terima sumbangan bekalan barang dapur dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan bekalan barangan dapur kepada 15 penduduk kurang kemampuan di Kampung Pasir Panjang.
Rusli berkata, sumbangan tersebut diberikan selepas mendengar rintihan penduduk akibat kenaikkan harga barangan yang mendadak.
“Ini merupakan fasa pertama dan akan diteruskan mengikut keutamaan.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Rusli.