Berita

16 pelajar cemerlang SPM terima sumbangan kewangan dari Ismail

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberikan sumbangan kewangan kepada 16 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ismail berkata, sumbangan ini merupakan sesi ketiga dan setakat ini 40 orang pelajar telah menerima sumbangan ini.

“Tahniah kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang.

“Semoga sumbangan ini dapat menjadi penyuntik semangat untuk mereka terus berusaha pada masa akan datang.

“Sekiranya ada anak-anak DUN Labu yang memperoleh keputusan cemerlang 5A ke atas dalam peperiksaan SPM boleh memohon dengan datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button