Berita

Aminuddin sumbang RM3,000 kepada Sekolah Agama Rakyat Sikamat

SIKAMAT: Sekolah Agama Rakyat Sikamat menerima sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sumbangan ini bagi membantu sekolah tersebut menjalankan aktiviti pelajar.

“Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Sikamat, Encik Awal Main.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dengan program yang diadakan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sikamat.

Aminuddin juga turut menyerahkan mushaf Al-Quran kepada 26 buah surau di bawah DUN Sikamat.

Sumbangan tersebut diberikan di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof.

Show More

Related Articles

Back to top button