Berita

17 kepimpinan KeADILan Rasah menyokong penuh kepimpinan Aminuddin

RASAH: Seramai 17 Ahli Jawatankuasa KeADILan Cabang Rasah hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Timbalan Ketua Cabang KeADILan Rasah, Saudara Azhar Muhamed Kassim berkata, beliau bersama 16 Ahli Jawatankuasa Cabang KeADILan Rasah akan terus setia menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kenyataan media Ketua Cabang KeADILan Rasah, YB Dato’ Ismail Ahmad pada 5 September, merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili kenyataan rasmi kepimpinan KeADILan Rasah,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button