793 warga emas terima sumbangan kewangan daripada Veerapan

REPAH: Seramai 793 warga emas menerima sumbangan keceriaan warga emas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.
Veerapan berkata, warga emas berumur 70 tahun ke atas akan menerima sumbangan keceriaan tahunan bernilai RM200 secara one-off.
“Seramai 793 warga emas yang terpilih menerima sumbangan ini bagi Fasa 1 Tahun 2025.
“Inisiatif ini diwujudkan bagi menghargai jasa golongan warga emas bagi keluarga dan negara khususnya Negeri Sembilan.
“Bermula tahun 2025, sumbangan RM200 ini akan diserahkan kepada penerima semasa musim perayaan agama masing-masing dan diharap ia memberi lebih keceriaan kepada golongan warga emas Negeri Sembilan.
“Dalam pada itu, warga emas yang telah berdaftar pada tahun lepas (2024) dan menerima sumbangan kewangan RM200 ini tidak perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan sumbangan pada tahun 2025.
“Hanya pemohon pertama kali sahaja perlu membuat proses permohonan di aplikasi n9.digital,” kata Veerapan.