Berita

203 unit Rumah Mampu Milik dibina di Ladang Kirby

LABU: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan (MBINS) telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di atas tujuh lot tanah milik MBINS dengan keluasan keseluruhan sebanyak 16.57 ekar di Ladang Kirby, Labu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 203 unit RMM akan dibangunkan di kawasan ini dengan pembinaan 94 unit rumah Type A berharga RM80,000.

“Projek ini dijangka siap pada Februari 2024.

“Lokasi pembangunan ini strategik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur awam seperti sekolah, masjid, kuil, dan stesen komuter,” ujar Aminuddin.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian dan Pecah Tanah, Projek Rumah Mampu Milik Taman Kirby, Batu 9, Labu.

Turut hadir Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button