Menarik

2,500 orang hadir Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Pilah

PILAH: Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, YB Tuan Mohamad Nazaruddin Sabtu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah.

Nazaruddin berkata, lebih 2,500 pengunjung hadir ke Majlis Rumah Terbuka tersebut yang bertemakan ‘Bungo Lado’.

“Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa telah hadir ke majlis ini.

“Saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“Terima kasih kepada mereka yang datang bagi memeriahkan majlis ini,” kata Nazaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah.

Turut hadir, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof; EXCO Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; EXCO Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Penggunaan, YB Veerapan Superamaniam; EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Show More

Related Articles

Back to top button