TM berusaha tingkatkan ‘Fibre Broadband’ di Negeri Sembilan: Aminuddin
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi beliau.
Aminuddin berkata, perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk usaha TM untuk meningkatkan liputan jaringan jalur lebar gentian (Fibre Broadband) dalam negeri.
“TM sentiasa berusaha memberi kepuasan kepada pengguna dengan berusaha meningkatkan liputan dari semasa ke semasa.
“Semoga penambahbaikan ini berjalan lancar dan perkhidmatan Fibre Broadband ini dapat dinikmati semua pihak.
“Terima kasih kepada pihak TM Negeri Sembilan atas kunjungan ini,” kata Aminuddin.
Wakil TM yang hadir adalah Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Encik Nizamuddin Hashim; Penolong Pengurus Besar TM Network Operation, Encik Shaul Hamid Sulaiman dan Penolong Pengurus Besar TM Network Delivery, Encik Mohd Faizal Sahul Hamid.