Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan dari Rebin

JEMPOL: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sialang, Bahau.

Rebin berkata, setelah mendapat maklumat daripada Pengerusi MPKK Kampung Sialang, beliau terus bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

“Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi dan rumah tersebut musnah sepenuhnya.

“Namun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Saya turut memberikan sumbangan kewangan kepada mangsa untuk meringankan beban mangsa,” ujar Rebin.

Rebin turut mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba, polis dan penduduk sekitar yang membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button