Menarik

Bakri galak belia beriadah

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menganjurkan program ‘Hiking Jeram Enggang’ dengan kerjasama Tabung Belia Harapan (TABAH), MPKK Kampung Larong dan MPKK Kampung Ulu Jelebu.

Bakri berkata, beliau amat berbangga dan berpuas hati terhadap penyertaan belia yang menyertai program ini.

“Program berfaedah sebegini dapat memastikan belia tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat dan melanggar undang-undang negara.

“Dalam pada masa sama, tapak perkhemahan dan pelancongan yang terdapat di sekitar DUN Klawang dapat dipromosikan melalui program ini.

“Terima kasih kepada TABAH dan MPKK yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Kerjasama sebegini perlu diteruskan lagi bagi memastikan hubungan antara rakyat dan kerajaan erat,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button