Berita
27 keluarga mangsa banjir terima sumbangan RM1,000
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada 27 keluarga mangsa banjir di Balai Raya Kampung Baru Air Kuning Selatan.
“Saya menyerahkan sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada 27 ketua isi rumah yang terjejas dengan kejadian banjir baru-baru ini.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning Selatan, Encik Chin Kwee Hin; Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abd Aziz dan Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail.