Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa peka dengan pandemik Covid-19

SEREMBAN: Kerajaan Negeri melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Sembilan setiap dua minggu.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, antara yang dibincangkan adalah berkenaan kesiapsiagaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan sekiranya senario semasa berubah.

“Walaupun begitu, Kerajaan Negeri berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan dalam mengekang penularan virus ini.

“Amalkan kawalan kendiri dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Insyah Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button