Berita

38 pengusaha agromakanan terima bantuan pasca banjir dari Aminuddin

KOTA: Seramai 38 penternak dan petani dari DUN Kota menerima Insentif Bantuan Pasca Banjir daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Pada awal tahun ini, saya telah mengumumkan sumbangan wang ehsan pasca banjir berjumlah RM1,000 seorang kepada semua pengusaha agromakanan yang terjejas akibat banjir yang melanda pada akhir tahun 2021.

“Seramai 38 orang dari DUN Kota telah menerima sumbangan dan semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu mereka yang terjejas akibat bencana yang melanda,” kata Aminuddin selepas Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kampung Sawah Raja.

Aminuddin dan Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada 10 orang asnaf dari kariah masjid tersebut.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button