Berita
461 keluarga terjejas banjir terima bantuan RM1,000 dari Bakri
KLAWANG: Sebanyak 461 keluarga mangsa banjir menerima bantuan kewangan RM1,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.
“Seramai 461 ketua keluarga terjejas banjir telah menerima sumbangan ini yang melibatkan 14 MPKK di DUN Klawang dan sebahagian lagi akan menerima pada peringkat fasa kedua.
“Terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan menghulurkan sumbangan segera RM1,000 ini.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa,” ujar Bakri.