BeritaMenarik

500 pelajar sekolah, warga kerja dan warga emas dilatih dengan ilmu kemahiran

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Industri Negeri Sembilan (NSILC) yang ke-31 di Arena Premier Boutique Hotel, Seremban 2.

Dalam ucapan beliau, Veerapan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak NSILC yang mengadakan mesyuarat tersebut serta aktiviti yang dijalankan merangkumi sosial, kebajikan dan di samping menjadi badan penggabung industri dengan Kerajaan Negeri Sembilan.

“Saya dimaklumkan bahawa NSILC juga terlibat dalam National Training Week (NTW) 2024 melalui Salam Senawang Specialist Hospital dan CMH Specialist Hospital serta menjayakan NTW 2024 NSILC OSH Day yang telah diadakan pada 27 Jun lepas.

“Melalui kerjasama ini seramai 500 orang telah dilatih termasuk pelajar sekolah, warga kerja dan warga emas.

“Mereka telah dilatih dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang boleh dipratikkan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan harian,” kata Veerapan.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Columbia Asia Hospital Seremban, Didi Chan dan Pengerui NSILC, Paul Valluvan.

Show More

Related Articles

Back to top button