Berita

59 lot penjaja baharu dibina di Jempol

BAHAU: Sebanyak 59 lot penjaja baharu telah dibina di dalam Daerah Jempol.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, lot penjaja ini dibina bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja kecil untuk berniaga dan menjana pendapatan di Jempol.

“Selain itu lot penjaja baharu ini lebih tersusun dan sistematik.

“Tahniah diucapkan kepada semua penerima lot penjaja, semoga dengan adanya lot penjaja ini dapat memudahkan mereka untuk terus berniaga dan mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Untuk makluman semua penerima, lot penjaja yang diterima tidak boleh dipindah milik dan diubahsuai tanpa kebenaran pihak Majlis Perbandaran Jempol (MPJL),” kata Musliadi.

Musliadi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Cabutan Undi dan Penyerahan Lot Penjaja di Dewan Majlis Perbandaran Jempol, Bahau.

Turut hadir, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau.

Show More

Related Articles

Back to top button