Berita
64 waris menerima bantuan khairat kematian daripada Siti Aishah
BAJET 2023: Seramai 64 waris menerima bantuan khairat kematian daripada Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.
“Saya menyerahkan Sijil Khairat Kematian kepada 64 waris yang kehilangan ahli keluarga.
“Khairat Kematian ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan apabila berlaku kematian membabitkan ketua keluarga.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang memperkenalkan inisiatif ini demi kebajikan keluarga yang memerlukan,” ujar Siti Aishah.