Menarik

78 ibu terima Bantuan C4U Ibu Tunggal

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat menyampaikan Bantuan Ibu Tunggal Care For You (C4U IBU TUNGGAL) kepada 78 ibu tunggal dari DUN Seri Menanti.

Shahran berkata, golongan ibu tunggal merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dibantu dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, emosi, hak asasi dan sebagainya.

“Pelbagai bentuk bantuan dan program sokongan telah disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Aminudin Harun untuk memastikan golongan ibu tunggal ini disantuni terutamanya bagi yang terpaksa menanggung anak yang masih kecil atau bersekolah serta kurang berkemampuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengumumkan inisiatif C4U IBU TUNGGAL semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 dengan menetapkan pemberian khas one-off sebanyak RM200 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Semoga bantuan ini meringankan beban kewangan yang ditanggung dan membantu keperluan sara hidup ibu tunggal,” ujar Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button