BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan teliti wujudkan kawasan bebas cukai di Port Dickson

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang meniliti perancangan bagi mewujudkan zon bebas cukai di Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana Port Dickson merupakan lokasi pelancangan utama di negeri ini.

“Perkara ini sudah tentu dapat membantu kemajuan ekonomi di negeri ini.

“Ia juga mampu meningkatkan jumlah pelancong luar yang hadir ke sini.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri meneliti kemungkinan kesesuaian membangunkan kawasan tersebut dengan mengambil kira kriteria serta faktor-faktor ekonomi yang berkaitan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button