Berita

Negeri Sembilan berjaya kutip hasil RM521 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengutip hasil berjumlah RM521.15 juta sehingga 30 Disember 2022.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kutipan ini bersamaan 120.64 peratus melebihi sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun lalu iaitu RM432 juta.

“Pencapaian ini sekaligus mengubah Belanjawan Tahun 2022 dari defisit RM88 juta kepada surplus RM31 juta.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jabatan yang berjaya mencipta hasil yang luarbiasa ini,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2023 di Wisma Negeri pada Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button