Aminuddin beri sumbangan RM50,000 kepada Polis Negeri Sembilan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memberi sumbangan cek berjumlah RM50,000 kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Negeri Sembilan.
Aminuddin menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH Dato’ Mohamad Mat Yusop serta Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH Dato’ Che Zakaria Othman di Kediaman Rasminya.
“Terima kasih kepada Dato’ Mohamad dan Dato’ Che Zakaria di atas kunjungan hormat.
“Sumbangan ini adalah bagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama balu, anak yatim dan anak istimewa Warga Polis Kontinjen Negeri Sembilan,” kata beliau.
Aminuddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Dato’ Mohamad dan Dato’ Che Zakaria yang bakal bersara pada tahun ini.
“Terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan kepada rakyat Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq