Aminuddin dan Loke sumbang ‘Angpau’ kepada warga emas
SIKAMAT: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook menyantuni warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Aminuddin dan Loke menyampaikan sumbangan ‘Angpau’ kepada warga emas, OKU dan keluarga kurang berkemampuan di Balai Raya Kampung Baru Sikamat.
“Selain ‘Angpau’, kami juga menyampaikan sumbangan barangan dapur, limau mandarin dan kuih-muih.
“Sumbangan tersebut akan dihantar terus kepada rumah para penerima oleh pihak MPKK.
“Kami turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sikamat.
“Semoga sumbangan yang disampaikan ini memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.