BeritaMenarikProgram

Aminuddin dengar rintihan Guru KAFA

RAMADHAN: Guru-guru KAFA yang ditemuramah Nogori Kito berkata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mendengar rintihan dan keluh kesah mereka.

Puan Nurul Hidaya Entan, 38, yang mengajar di Sekolah Agama Rakyat Al-Qalam, Kuarters KLIA, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Aminuddin di atas pemberian insentif kewangan kepada Guru KAFA.

“Sedia maklum Guru KAFA menerima elaun RM1,000 sebelum ini.

“Namun, pada pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Besar telah memberi insentif RM50 sebulan kepada Guru KAFA dengan menjadikan elaun bulanan RM1,050.

“Terima kasih kepada Dato’ Seri Aminuddin di atas kepekaan beliau dan mendengar rintihan daripada Guru-guru KAFA Negeri Sembilan.

“Terima kasih juga kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato’ Zaidi Ramli yang membawa suara kami kepada Menteri Besar,” kata Nurul Hidayah.

Nurul Hidayah berkata, pemberian insentif ini (kenaikan elaun) memberi suntikan semangat kepada Guru KAFA meneruskan pendidikan Islam yang terbaik dan berterusan untuk anak-anak bangsa.

Muhd Khair Abdul Rahman

Encik Muhd Khair Abdul Rahman, 25, Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Methodist ACS Seremban sejak tahun 2018 turut mengucapkan terima kasih kepada Aminuddin di atas kenaikan elaun RM50.

“Terima kasih juga kepada Dato’ Zaidi yang mengambil berat tentang kebajikan Guru-guru KAFA.

Show More

Related Articles

Back to top button