Berita

Aminuddin komited hadir Qiamullail walaupun sibuk urusan rasmi

SENAWANG: Program qiamulail di Masjid Taman Rasa Sayang, Senawang, dihadiri hampir 100 orang jemaah yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi Masjid Taman Rasa Sayang, Mohd Ibrahim Abdul Ghafur berkata, beliau sangat teruja dan berbesar hati di atas kesudian Dato’ Seri Aminuddin berkunjung dan berqiamullail di masjid ini.

“Seluruh ahli jawatankuasa masjid dan penduduk tempatan telah menyambut kehadiran Menteri Besar dengan hadir mengimarahkan dan memenuhi masjid ini.

“Saya selaku pengerusi masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri Aminuddin yang begitu komited walaupun sibuk dengan urusan rasmi yang lain tetapi tetap sudi hadir ke masjid ini bersama-sama melakukan qiamullail secara berjemaah,” kata Mohd Ibrahim.

Qiamullail pada hari ini dipimpin oleh Ustaz Syukri Ali yang lebih dikenali sebagai Sudais Malaysia.

Manakala kuliah subuh disampaikan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Jaafar Mohamad.

Pesakit kanser syukur dapat duit raya

Sementara itu, seorang ibu tunggal dan pesakit kanser, Hamidah Mohd Zahari menzahirkan rasa kesyukuran di atas pemberian sumbangan kewangan Aidilfitri RM300 oleh Aminuddin.

“Syukur kepada Allah dapat sumbangan ini. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di atas sumbangan yang diberikan.

“Sumbangan kewangan ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan menghadapi persiapan Hari Raya,” ujar Hamidah.

Untuk rekod, MAINS turut memberikan sumbangan sebanyak RM700 kepada asnaf fakir dan RM500 kepada asnaf miskin.

Ini menjadikan jumlah yang diterima oleh asnaf fakir sebanyak RM1,000 manakala asnaf miskin sebanyak RM800.

Show More

Related Articles

Back to top button