Berita

Nicole prihatin keselamatan pengguna jalan raya Taman Labu Utama

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah turun padang bagi melawat kerja penurapan jalan yang telah selesai di Taman Labu Utama.

Nicole berkata, taman ini menjadi tumpuan pada waktu siang dan malam kerana terdapat sebuah sekolah rendah dan beberapa buah kedai serta restoran.

“Turapan semula ini dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Kos turapan jalan ini menelan belanja sebanyak RM244,767 termasuk menanda garisan jalan serta pembersihan tapak,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button