Berita

Ancaman haiwan liar akan diatasi segera: ISMAIL

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, aduan berkaitan ancaman haiwan liar di Kampung Gadong SC akan diatasi segera.

“Haiwan liar seperti monyet, kera dan beruk yang berkeliaran dan mengganggu penduduk kampung sehingga merosakkan tanaman dan rumah penduduk setempat.

“Saya telah mencadangkan agar perangkap di pasang di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya.

“Hal ini kerana kawasan tersebut mendapat aduan paling banyak daripada penduduk setempat.

“Kerja pemasangan perangkap ini akan dijalankan pada esok (Rabu),” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button