BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan sedang bangunkan mesin kiraan jemaah masjid

RAMADAN: Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang membangunkan mesin prototype kiraan jemaah masjid bagi pengumpulan data.

Pengarahnya, Dato’ Zaidi Ramli berkata, mesin ini dibangunkan bagi mendapatkan Live Data jemaah masjid.

“Kita akan bangunkan mesin prototype yang akan dipasang di masjid-masjid. Kita juga sedang bangunkan apps (aplikasi) untuk sistem tersebut.

“Apabila mesin ini siap, ia akan mengimbas (scan) berapa ramai jemaah yang masuk ke masjid pada setiap waktu sembahyang.

“Usaha inovasi ini selaras dengan pelan tindakan peningkatan jemaah masjid menjelang tahun 2025 bagi meningkatkan kadar jemaah di masjid.

“Insyah Allah Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sendiri dapat tengok Live Data nanti menerusi Apps di telefon bimbit beliau,” kata Zaidi.

Zaidi berkata, pada masa ini mesin prototype ini sedang diuji keberkesanannya di dua buah masjid.

Show More

Related Articles

Back to top button