Berita

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kekal bertanding di kerusi yang disandang

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengesahkan calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bertanding mengikut status quo masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai ini.

“Majlis Presiden telah mengambil ketetapan bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bertanding di DUN-DUN yang disandang berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.

“Saya minta kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang kontroversi dan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk sebarang keputusan tertentu.

“Apa yang penting Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu mempertahankan kesemua 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan tidak lama lagi,” kata Aminuddin.

Untuk rekod, ketika ini Pakatan Harapan menyandang 20 kerusi DUN, manakala 16 kerusi DUN lagi disandang oleh Barisan Nasional.

Bersatu dan PAS tidak memenangi sebarang kerusi DUN di Negeri Sembilan pada PRU-14 yang lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button