Berita

Aminuddin: MAINS belanja RM37.28 juta bantu golongan asnaf

Sepanjang tahun 2021 dana berjumlah RM37,289,326.40 dibelanjakan bagi membantu golongan asnaf di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sepanjang tahun 2021 ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membelanjakan dana berjumlah RM37,289,326.40 bagi membantu golongan asnaf; kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Zakat bukan hanya menyucikan harta, sebaliknya turut berperanan untuk membangunkan ekonomi umat Islam dengan merapatkan jurang antara golongan kaya serta miskin dengan matlamat mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua umat Islam di Negeri Sembilan agar menjalankan tanggungjawab membayar zakat,” katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam majlis menyantuni golongan asnaf daerah Seremban di Menara MAINS, Seremban.

Seramai 50 orang asnaf telah dijemput untuk mendengar tazkirah daripada Pegawai Bahagian Kaunseling MAINS, Encik Norazman Amat.

“Saya turut menyampaikan saguhati daripada MAINS kepada para asnaf yang menyertai program ini,” ujarnya yang juga ADUN Sikamat.

Berikut senarai bantuan dan jumlah perbelanjaan MAINS sepanjang tahun 2021:

1. Bantuan Hari Raya Fakir dan Miskin (RM1,300,500.00) 2. Bantuan Tunai Bulanan Fakir dan Miskin (RM17,899,920.00) 3. Bantuan Hari Raya Anak Yatim (RM273,000.00) 4. Bantuan Tahunan Masjid dan Surau (RM1,970,000.00) 5. Bantuan Hemodialisis (RM8,102,559.00) 6. Bantuan Perubatan (RM4,033,800.00) 7. Bantuan Am Persekolahan Fakir dan Miskin (RM2,159,467.40) 8. Bantuan Persekolahan Am (RM1,549,680.00)

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button