Berita

Aminuddin puji Jabatan Agama Islam santuni 11 ribu keluarga perlu bantuan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memuji Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang kini proaktif turun padang menyantuni keluarga yang memerlukan bantuan.

“Tak pernah jabatan agama Islam turun padang seumpama ini sebelum ini, seperti mana yang berlaku sekarang.

“Saya dimaklumkan setakat hari ini, 11,000 keluarga yang memerlukan bantuan telah dikunjungi dan disantuni pegawai JHEAINS.

“Kita tidak boleh duduk di pejabat sahaja, sebaliknya harus berjiwa besar berjumpa dengan rakyat marhaen, dengan orang miskin, dengan orang susah, dengan orang yang memerlukan bantuan.

“Barulah ada rasa kasih, rasa sayang pada masyarakat. Tahniah kepada JHEAINS,” kata Aminuddin di Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

Untuk rekod, JHEAINS telah memperkenalkan program dakwah ‘Door to Door’ bertujuan menyantuni keluarga yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Pendekatan yang diambil JHEAINS bukan sahaja berdakwah dari rumah ke rumah, tetapi juga menghulurkan bantuan mengikut keperluan sesebuah keluarga seperti kerusi roda, lampin pakai buang atau barangan keperluan dapur.

Show More

Related Articles

Back to top button