Berita

Balai Polis Pasir Panjang terima tiga unit lampu solar dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan tiga unit lampu solar kepada Balai polis Pasir Panjang.

Rusli berkata, sumbangan tersebut akan membantu memudahkan tugasan mereka.

“Balai polis tersebut berhadapan dengan pantai.

“Keadaan di situ sangat gelap kerana pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak memasang tiang lampu yang berisiko di kawasan tersebut.

“Oleh itu, saya berharap agar sumbangan ini dapat membantu mereka mengawasi kawasan balai polis tersebut dengan lebih berkesan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button