Berita
Aminuddin santuni penduduk DUN Pilah
PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni masyarakat di sekitar DUN Pilah.
Aminuddin berkata, aktiviti tersebut diadakan bersama dengan jentera Pakatan Harapan Kuala Pilah.
“Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sangat signifikan dalam meneruskan agenda kestabilan dan kecemerlangan negeri yang telah dicapai sejak sekian lama.
“Pelbagai pencapaian dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama tempoh lima tahun mentadbir.
“Saya juga berharap di dalam tempoh berkempen kelak, semua parti yang bertanding dapat menggunakan cara yang matang dan tidak mengheret kepada sentimen sempit yang tidak memberi manfaat kepada rakyat,” kata Aminuddin.