Berita

Aminuddin santuni penganut Hindu DUN Gemas

GEMAS: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah turun padang bagi menyantuni penganut Hindu di Majlis Sambutan Deepavali DUN Gemas.

Aminuddin berkata, beliau hadir untuk memeriahkan majlis serta beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

“Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.

“Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum disamping memupuk semangat hormat menghormati antara satu sama lain,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button