Berita
Aminuddin sentiasa peka permasalahan penduduk Sikamat
SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni penduduk DUN Sikamat untuk mendengar permasalahan dan merapatkan sillaturrahim antara wakil rakyat dan rakyat.
Aminuddin berkata, aktiviti ini merupakan rutin mingguan bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu yang terdapat di kawasan Sikamat secara terus dari rakyat.
“Saya dan kakitangan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat akan berusaha menyelesaikan isu yang diketengahkan.
“Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada rakyat DUN Sikamat,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.