SEREMBAN: Surau Al-Maliki Taman Bukit Galena (Fasa 5/6/7) menerima sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Sumbangan ini diberi bagi memudahkan pembinaan surau ini, sekaligus memartabatkan syiar Islam di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.
Aminuddin menyerahkan sumbangan ini kepada ahli jawatankuasa surau di Wisma Negeri pada Rabu.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon.