BeritaMenarik

Anugerah Perdana Belia Negara beri impak positif kepada belia

SEREMBAN: Penganjuran Anugerah Perdana Belia Negara akan memberi impak positif kepada pembangunan belia dan membawa inspirasi kepada generasi muda di Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor berkata demikian di Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.

“Pertemuan ini bertujuan untuk merangka strategi dan langkah-langkah bagi memastikan kelancaran serta kejayaan penilaian bagi Anugerah Perdana Belia di peringkat Negeri.

“Ahli-ahli jawatankuasa yang lain telah membincangkan pelbagai perkara penting termasuk penilaian kriteria penerima anugerah dan penyediaan-persediaan yang lain.

“Partisipasi panel-panel yang dilantik menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan belia di Negeri Sembilan.

“Terima kasih di atas usaha gigih dalam menjayakan Anugerah Perdana Belia di Negeri Sembilan,” kata Mustapha.

Proses temuduga dan pemilihan calon-calon Anugerah Perdana Belia telah bermula pada 7 Mac dan pemenang akan diumumkan pada sambutan Hari Belia pada 15 Mei ini.

Show More

Related Articles

Back to top button