Berita

Aminuddin terima kunjungan Kedutaan Republik Nigeria

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Republik Nigeria, Puan Yang Terutama Dr.Hajara Ibrahim Salim di Kediaman Rasmi beliau.

Aminuddin berkata, peluang pelaburan di negeri ini merupakan antara topik perbincangan dalam kunjungan hormat tersebut.

“Selain itu, kami bertukar pendapat mengenai isu semasa khususnya situasi pasca pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada Kedutaan Republik Nigeria di atas kunjungan tersebut.

“Semoga hubungan baik yang terjalin dapat memberikan manfaat buat rakyat Negeri Sembilan, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Menteri Konsular dan Pendidikan, Encik Steven O.Ojo; Penasihat Kanan (Politik), Encik Yusuf D.Mustapha; Penasihat (Administration), ENcik H.Godowoli; Atase Kedutaan I, Encik Iliyasu Yakubu; Atase Kedutaan II, Cik Lateefa G.Saidu-Abdulrahman, dan Setiausaha Sosial, Cik Komathi Perumal.

Show More

Related Articles

Back to top button