Berita
Anak yatim dan miskin disantuni sempena Krismas
BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Port Dickson dan Yayasan Petronas telah menyerahkan pek barangan makanan Krismas kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Yatim Dan Miskin Kawasan Port Dickson.
Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, sebanyak 40 kotak barangan makanan telah diserahkan kepada pusat jagaan tersebut.
“Pusat kebajikan ini menempatkan 30 orang anak-anak yatim dari keluarga yang kurang berkemampuan.
‘Pusat jagaan ini juga menjaga 15 orang warga emas yang memerlukan.
“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak memeriahkan sambutan Krismas anak-anak ini,” kata beliau.