Berita
Arul sumbang RM20,000 kepada Sekolah Sri Seremban
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Sri Seremban.
Arul Kumar berkata, sumbangan ini bertujuan membantu pihak sekolah melakukan kerja menaiktaraf kemudahan sekolah tersebut.
“Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban pihak sekolah.
“Terima kasih kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan kerana meluluskan peruntukan ini,” kata Arul Kumar.